Thursday, October 14, 2004

-- Sekadar buat RenungaN --

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitusahaja....kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....keranadia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya danjanganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....Apabila sekali ia retak....tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya iadibuang....pun begitu jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamumenganggapnya begitu istimewa....anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak,nasiitu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan menyesal.....

Ntah la, aku pun tak tahu why lately ni aku selalu dpt email yg mcm2 ni...Membe2 aku mcm tahu2 je yg skrang ni yg I'm lost in my own world!!Ye ke?Ntah tak tahu nak jawab mende..tapi mmg tahap ketabahan aku sudah menurun..smlm aku print kate2 yg aku masukkan dlm blog tu..ader dlm laci opis..pastu last night i've made the magical words as a wallpaper kat laptop aku.Siap ader letak my pic lg...hehehe...aku in process cari jalan pulang ni...moga tuhan beri aku kekuatan...kekuatan dlm kekuatan!!Tapi aku bangga dgn diri aku skrang sbb aku dah x mudah mengalirkan air mata and x call my mum tuk ngadu.Kalo dulu confirm dah nangis2 tpon...heheheh...Aku dah beso, & i need to take care of myself....Aku rase aku dah mula berfikir ttg kehidupan, serius dlm pergerakan, percakapan, dan was-was utk mempercayai...Adakah itu slh satu tanda aku lebih matured from b4 atau...perasaan yg dtg tuk seketika je..??!

Terima dia seadanya (^0^)...Hargai dirinya sebelum orang lain menghargainya...& the important is jgn terlalu mengharap...takut tersungkur/rebah sebelum tiba di garisan penamat yg terus membawa kpd kehancuran....

--------------------oOo--------------------

0 Comments:

Post a Comment

<< Home